aku seekor burung

Aku seekor    burung merpati. Aku dilahirkan di sebuah sarang diperbuat daripada daun kering dan ranting kecil. Nama ak S i Putih kerana buluku berwarna putih.
Ayah dan ibuku menyuap aku dan mengajar aku terbang di udara dengan sabar.Mereka membesarkan aku.Aku mencari makanan dan menyuap ayah dan ibu untuk membalas budi.
Pada suatu hari,ketika mencari makanan, seorang budak lelaki menembak aku dengan sebatang lastik dan seketul batu. Kakiku telah cedera. Kakiku sungguh sakit lalu aku berasa pening dan tidak boleh terbang.Aku terjatuh ke tanah dan jatuh pengsan.
Beberapa hari kemudian,seorang gadis yang cantik membawa aku balik ke rumahnya. Namanya Amanda Lim Pei Ying.Pei Ying membalut cedera aku dan memasukkan aku ke dalam sebuah sangkar.
Pei Ying sentiasa memberi makanan dan minuman yang cukup. Aku berasa bosan di dalam sangkar itu. Aku rindu akan ayah dan ibu serta bimbang akan kesihatan mereka.
Beberapa hari kemudian, kecederaan aku sudah sembuh.Pei Ying melepaskan aku di hutan.Aku terbang dengan pantas dan menuju ke arah sarangku. Apabila tiba di sarag, aku ternampak Si Itik sedang menyuap ayah dan ibuku. Aku mengucapkan terima kasih kepada Si Itik. Aku menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibu lalu memohon maaf kepada mereka.
Aku bersyukur akan Pei Ying yang telah membantu aku dan Si Itik yang menjaga ayah dan ibuku.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment